Muhammad Asad atau nama asalnya ialah Leopard Weiss, merupakan salah seorang pemikir Islam yang terkenal yang lahir dalam keluarga Yahudi di Poland. Malah Datuknya merupakan seorang Rabbi Yahudi. Beliau yang banyak mengembara dan menetap di negara-negara orang Islam telah banyak menghasilkan tulisan dan buku bagi membantu negara-negara Islam terutama sekali di Pakistan dalam usaha untuk membantu membentuk sebuah negara Islam. Namun begitu dalam bukunya- The Principle of State and Government in Islam- mengatakan bahawa tidak ada satu pun negara di dunia ini yang mengamalkan undang-undang Islam didalam bernegara dalam erti kata yang sebenarnya.
Ironiknya, walaupun hampir kesemua negara orang Islam telah mencapai kemerdekaan dari penjajahan hasil dari perjuangan yang telah mengorbankan banyak nyawa orang Muslim dan seterusnya mempunyai pilihan untuk menentukan undang-undang negara masing-masing, tetapi masih tiada negara orang Islam yang berjaya dalam ertikata sebenarnya menjadi Islam sebagai perundangan negara. Bertambah ironik lagi kerana kita sebagai orang Islam juga memang mempercayai dengan sepenuh jiwa bahawa Islam merupakan jawapan dan penyelesaian kepada semua masalah manusia melewati segala batas tempat dan masa.
Oleh itu di mana silapnya? Antara sebabnya ialah sampai sekarang kita masih tercari-cari model sebuah negara Islam yang telah berjaya mejadikan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai asas kepada perundangan Negara. Tidak dapat dinafikan bahawa kita mempunyai contoh perundangan Islam yang berjaya iaitu semasa zaman kegemilangan Islam untuk dijadikan sebagai panduan. Malah terdapat ramai ulama terdahulu yang telah menulis teori politik Islam ini terutama sekali semasa zaman Abassiyah. Tetapi bagi Muhammad Asad, selain daripada hukum-hukum yang jelas terdapat dalam Al- Qur’an dan As- Sunnah, semua hukum-hakam yang lain yang di gubal banyak di pengaruh oleh factor masa, budaya dan social-politik pada zaman itu. Oleh itu bagi beliau sebahagian dari teori atau ilmu politik Islam tersebut tidak lagi relevan untuk pada masa sekarang.
Walaupun terdapat juga beberapa ilmu politik Islam yang kotemporari. Namun bagi Muhammad Asad ilmu politik Islam moden ini pula banyak dipengaruhi dengan konsep politik barat. Konsep politik barat ini yang berasaskan kepada secular (perpisahan antara agama dan politik) tentu sekali tidak boleh dijadikan contoh kerana ianya sangat bertentangan dengan Islam (sebagai sebuah cara hidup). Tetapi malangnya system politik barat inilah yang banyak digunakpakai oleh kebanyakan negara orang Islam.
Oleh itu bagi Muhammad Asad, jalan yang masih terbuka untuk mengatasi dilemma ini iaitu dengan kembali kepada al-Qur’an dan Hadis itu sendiri. Umat Islam mesti berkerja kuat untuk membuat kajian dalam usaha untuk mencipta ilmu politik Islam baru yang mampu memberi penyelesaian kepada manusia dengan mengambilkira factor budaya, bangsa dan social-politik semasa. Seterusnya umat Islam sekarang mesti mampu juga mengariskan asas-asas perundangan kepada sebuah negara Islam yang dapat memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa.
Inilah persediaan yang mesti kita ada selain factor ekonomi dan lain-lainnya dalam usaha untuk melakukan perubahan yang besar kearah meninggikan kalimah ALLLAH dimuka bumi ini.
Malaysia adalah merupakan salah sebuah negara orang Islam yang merdeka tetapi gagal mendaulatkan Syariah Islam sebaliknya sampai sekarang kita masih mengamalkan system perundangan barat yang berteraskan secular.
Manakala di Malaysia, Pas merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan untuk menjadikan syariat Islam sebagai asas kepada perundangan negara. Setelah hampir 50 tahun, adakah Pas sekarang sudah bersedia untuk melakukan perubahan besar ini di Malaysia?
PRU12 pada Mac 2008 yang lalu sebenarnya banyak dapat mengambarkan bagaimanakah persediaan Pas kearah menegakkan perundangan Islam ini.
Pas sebenarnya didalam dilemma apabila UMNO/BN kalah teruk dalam PRU ini terutama sekali di Perak dan Selangor. Mungkin Pas tidak menghadapi banyak masalah di Kedah dan Kelantan kerana majoriti penduduknya merupakan orang Melayu yang beragama Islam. Tetapi di Perak dan Selangor yang mana komposisi penduduknya pelbagai, Pas diuji hebat dari segi persediaan minda dan ilmu terutama sekali dikalangan ulama dan pemimpinnya. Pas belum lagi berhadapan dengan masalah bagaimana hendak melaksanakan syariah Islam tetapi sebenarnya baru saja di uji dengan bagaimana hendak bekerja dan bergabung dengan bukan Islam dalam membentuk satu kerajaan di peringkat negeri.
Walaupun ulama dan pemimpin Pas kuat menjerit disana-sini semasa kempen pilihanraya dengan “slogan-Pas for all” atau Islam adalah keadilan untuk semua, namun disini kita dapat lihat bahawa sebahagian dari ulama dan pemimpin Pas ini sebenarnya tidak mempunyai persediaan langsung dari segi minda dan ilmu bagaimana untuk bergabung dengan bukan Islam dan bukan Melayu terutama sekali dalam keadaan dimana Pas tidak mempunyai kuasa majority.
Ini dapat dilihat bila ada sebahagian dari ulama dan pemimpin Pas khususnya di Perak dan Selangor, terutama sekali di peringkat awal penubuhan kerajaan kedua-dua buah negeri berikut, cuba mengambil jalan pintas dan sanggup mengenepikan orang bukan Islam yang mengundi mereka semasa PRU12 semata-mata kerana hendak bersatu dan bergabung dengan UMNO demi mendapatkan kuasa politik . Mungkin mereka ini ikhlas ingin memperjuangkan Islam tetapi memilih untuk bergabung bahawa UMNO merupakan pilihan yang tidak matang malah boleh mencemarkan imej Islam yang di perjuangkan oleh Pas.
Sebenarnya inilah juga antara punca kepada krisis diantara TG Nik Aziz dan kumpulan pro-Unity Government (UG) dalam Pas khususnya TG Hadi Awang dan Hassan Ali. Secara positif saya merasakan mereka ini bukan dari golongan yang gilakan kuasa atau duit, tetapi bagi mereka pendekatan UG merupakan jalan terbaik untuk kesejahteraan Islam. Kumpulan pro-UG ini mempunyai satu idea atau pendekatan iaitu apabila bila orang Melayu memerintah negara, Islam akan selamat dan akan di martabatkan.
Pertentangan idea, teori atau pendekataan ini sebenarnya juga telah meletakan Pas di persimpangan. Andaikata idea formula UG di pilih oleh Pas, ianya akan menjadikan PAS tak lebih dari sebuah parti perkauman yang hanya mampu bekerjasama dengan kaum yang sejenis. Ulama dan pemimpin Pas pula akan dilihat hanya mampu dengan retorik seperti –PAS for all- tetapi sebenarnya tidak bersedia langsung atau tidak mempunyai ilmu bagaimana untuk bekerja dengan orang bukan Islam dalam membentuk sebuah kerajaan. Mungkin imej Islam juga turut tercemar jikalau apabila ada ulama dan pemimpin sebuah parti Islam seperti Pas dilihat yang boleh anggap sebagai berpaling tadah apabila mereka sanggup bergabung musuh politik semata-mata inginkan kuasa politik dengan membelakangi orang bukan Islam yang telah memberi kepercayaan kepada mereka. Pendekataan ini juga akhirnya akan turut mengheret Pas kepada perangkap politik secular yang menjadi pegangan BN yang ditentang oleh Pas selama ini.
Alhamdulillah TG Nik Aziz yang lantang dan berani telah berjaya menyelamat Pas kembali kelandasan Islam yang syumul dari menjadi sebuah parti yang berfikiran sempit yang boleh memusnahkan Pas kemudiannya. Konsep atau pendekataan UG ini ditentang habis-habisan oleh TG Nik Aziz tentu sekali berdasarkan kepada ilmunya yang luas memerintah Kelantan dan pengalaman pahit beliau dengan UMNO suatu ketika dahulu.
Seminar politik yang diadakan baru-baru ini juga turut mendedahkan banyak perkara tentang harapan dan tanggapan umum terhadap Pas. Antaranya seperti yang disuarakan oleh Dr. Abdul Aziz Bari. Amat malang sekiranya ada dikalangan ahli dan pemimpin Pas yang membenci beliau semata-mata kerana komen kritis beliau tetapi gagal mengambil pengajaran dari komen beliau. Saya sangat bersetuju dengan beliau bahawa Pas mesti mendapat sokongan bukan-Islam dalam usaha mendapat kan tampuk pememerintahan Malaysia. Malah lebih dari itu Pas mesti mempunyai ilmu dan tahu bagaimana untuk bekerjasama dengan bukan-Islam terutama sekali dalam sebuah kerajaan yang perundangannya akan berlandaskan kepada Islam.
Ini sebenarnya menuntut semua ulama dan pemimpin Pas supaya keluar dari kepopong keMelayuan. Mereka tidak patut hanya berpuas-hati dengan berceramah di surau2 atau masjid2. Mereka mesti turun kedalam masyarakat termasuklah kepada bukan Islam untuk mengetahui atau belajar perkara yang sebenarnya berlaku didalam masyarakat.
Sepertimana yang dianjurkan oleh Muhammad Asad kepada orang Islam, Pas sebenarnya sangat memerlu kan kepada satu ilmu politik Islam yang baru dalam usaha untuk memerintah Malaysia dengan berlandaskan kepada al-Qur’an dan Hadis. Ini juga menuntut para ulama dan pemimpin Pas tidak hanya berpuashati dengan membaca dan mengajar kitab-kitab lama atau hanya pandai melaung-laungkan kehebatan Islam zaman silam. Mereka mesti mempunyai persediaan terutama sekali dari sudut ilmu politik Islam yang baru dalam menghadapi segala cabaran terutama sekali dalam masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan lebih buruk lagi ada dikalangan bukan Islam ini yang mempunyai persepsi buruk terhadap Islam.
Semua ini sebenarnya juga menuntut Pas melakukan perubahan yang besar terutama sekali dikalangan para ulama dan pemimpin. Jika masih ada ulama dan pemimpin Pas yang masih mempunyai cara-fikir lama yang merugikan dan tidak mahu pula berubah, tak mustahil Pas akan senasib dengan BN yang sedang menuju zaman kegelapan. Dan tak mustahil juga satu kumpulan Islam yang baru akan diturunkan ALLAH untuk memimpin umat manusia di Malaysia bagi mengantikan Pas.
Begitulah adanya.
dari ipoh untuk Gaza
Isnin, 2009 November 09
Rabu, 2009 Oktober 28
Sekitar Sidang DUN Perak 28 Okt
Suasana depan SUK dimana DUN bersidang tenang. Cuma
di belakang SUK berdekatan dengan Pejabat DAP dan PAS,
ramai penyokong PR dan SB-SB. Satu arahan dikeluarkan
oleh pihak Mahkamah supaya tidak memasuki linkungan
50 meter dan kalau tidak dipatuhi ,boleh ditahan.
Saya akan upload gambar cerita seterusnya.
dari ipoh untuk gaza
Selasa, 2009 Oktober 13

Kemelut Politik Di Malaysia: Mestikah kita menjadi Protagoras?
Demokrasi lahir dan telah diamalkan di Greek purba lebih dari 2500 tahun tahun dahulu. Dalam bahasa Greek Demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud kuasa. Demokrasi merupakan satu sistem politik dimana rakyat memilih dan menentukan siapa akan memerintah sesebuah negeri atau negeri-bandar (city-state). Pada masa itu sudah banyak negeri-bandar (city-state) di Greek purba seperti Athen yang terkenal, telah mengamalkan system politik demokrasi ini.
Selain demokrasi terdapat juga system politik yang lain yang diamalkan di Greek pada masa itu iaitu seperti system politik monarki dan Oligarchy. Dimana dalam system monarki sesebuah daerah diperintah oleh seorang raja atau individu tertentu. Manakala dalam system Oligarchy pula sesebuah daerah akan diperintah oleh beberapa orang dari kumpulan tertentu.
Selain dari itu, Greek purba juga terkenal dengan ahli-ahli falsafah yang masyhur seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Plato yang lahir di Athen sekitar empat abad sebelum tahun Masihi, anak murid kepada Socrates, dikatakan seorang ahli falsafah yang ulung yang pernah dilahirkan oleh dunia barat. Beliau sangat mempercayai bahawa akal-fikiran manusia boleh menyampaikan manusia kepada hakikat kebenaran dan prinsip-prisnsip moral. Malah Plato mempercayai bahawa manusia keseluruhannya secara rasional boleh bertindak berdasarkan kepada kebenaran dan prinsip-prinsip moral ini bagi membentuk sebuah system social yang adil dan sejahtera.
Menariknya, pada waktu yang sama di Athen, terdapat juga beberapa ahli-ahli falsafah yang mempunyai aliran pemikiran yang bertentangan dengan aliran pemikiran yang di pelopori oleh Plato. Mereka adalah ahli falsafah dari kelompok Sophist. Sophist mempunyai satu kepercayaan yang meragui keupayaan akal-fikiran manusia untuk mencari dan mendapat kebenaran sepertimana yang di ajar oleh Plato. Hasilnya mereka juga turut meragui bahawa wujudnya hakikat kebenaran kepada sesuatu realiti.
Di kalangan kelompok Sophist ini, Protagoras merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkenal yang mewakili aliran pemikiran ini pada waktu itu. Berlandaskan pemikiran falsafah Sophist ini, Protagoras mengatakan bahawa tidak ada cara untuk manusia mengenalpasti hakikat (kebenaran) sesuatu realiti, realiti mesti dikatakan mempunyai nilai (qualities) sepertimana yang dimahukan .
Hasil dari kefahaman ini mereka juga turut mengatakan bahawa semua peraturan, undang-undang dalam kehidupan seperti politik dan juga prinsip-prinsip moral yang wujud adalah relatif. Kebenaran bukan suatu yang mutlak dan malah boleh berubah bergantung kepada kepercayaan dan adat sesebuah kumpulan manusia.
Seterusnya wujud juga ahli Sophist yang agak radikal yang mengatakan seseorang hanya perlu mentaati atau mematuhi sesuatu peraturan sekira ianya menguntungkan untuk dirinya. Hatta mereka juga turut mengatakan bahawa kuasa yang ada pada seseorang boleh menjadikan sesuatu perkara (asalnya mungkin salah) benar atau-‘might makes right’. Dan bagi mereka undang-undang yang digubal hanya untuk melindungi kepentingan pihak pemerintah dan sesiapa yang berkuasa. Oleh itu mereka turut mengatakan bahawa hanya orang bodoh saja mematuhi undang-undang yang tidak mendatangkan faedah untuk dirinya.
Malaysia adalah di antara negara-negara di dunia yang mengamalkan system politik demokrasi. Antara ciri-ciri demokrasi yang digunapakai di Malaysia ialah sistem pilihanraya yang diadakan sekali dalam masa lima tahun. Sistem Pilihanraya ini diadakan bagi memboleh semua rakyat memilih secara bebas, telus dan adil calun-calun dari parti politik yang menjadi pilihan mereka ataupun calun bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik. Calun-calun ini dipilih bagi mewakili rakyat di dewan undangan negeri dan dewan rakyat.
Selain dari pilihanraya yang bebas dan adil, kita juga turut mengamalkan system pengasingan kuasa iaitu di antara legislative, judiciary dan eksekutif. Semua ini sepatutnya diikuti dan di patuhi bagi menjamin sesebuah negeri atau negara dapat ditadbir dengan adil, saksama dan sejahtera dengan berlandaskan kepada kebenaran dan prinsip-prisnip moral.
Hampir setiap lima tahun negara kita mengadakan pilihanraya umum (PRU) bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil mereka di DUN dan Dewan Rakyat. PRU ke 12 yang telah diadakan pada Mac 2008 telah mencatat beberapa sejarah menarik untuk tanah air kita. Antaranya tentu sekali kekalahan BN di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Seterusnya PRU ke 12 ini juga turut mencetuskan beberapa peristiwa yang menarik dan tak kurang juga yang tragis. Malah berbagai-bagai kemelut politik yang tercetus yang bagaikan tiada berkesudahan khususnya seperti di negeri Perak. Tentunya berbagai perbincangan, pandangan dan analisa untuk dilakukan sekurang untuk memahami semua kemelut ini.
Secara prinsipnya jikalau semua nilai kebenaran, prinsip moral dan peraturan dalam system politik demokrasi di hormati dan dipatuhi, kita yakin semua bahwa semua kemelut dan peristiwa-peristiwa yang tragis ini boleh dielakkan. Namun apa yang kita lihat wujud watak-watak seperti Protogaros-Sophist yang menjadi antara sebab kepada semua kemelut ini. Nilai kebenaran dan prinsip-prinsip moral sudah tidak dihormati dan tak dipatuhi. Malah nilai kebenaran dan prinsip-prinsip moral juga turut berubah bergantung kepada kepentingan pihak tertentu. Hasilnya juga sepertimana kita lihat satu demi satu peraturan atau ketetapan dalam system politik demokrasi terpaksa dikorbankan semata-mata demi untuk merealiasasi agenda politik masing-masing.
Dalam PRU 12, BN bukan setakat kalah di beberapa buah negeri tetapi turut juga kalah dalam beberapa pilihanraya kecil (PRK) yang diadakan selepas itu seperti di Permatang Pauh, Kuala Terangganu dan Bukit Gantang. Apa yang dapat di lihat dalam semua PRK ini, sokongan rakyat kepada BN sebenarnya semakin merosot sebaliknya PR menjadi pilihan rakyat contohnya di Kuala Terangganu apabila PR dapat mengalahkan BN di kawasan Parlimen yang telah dimenanginya semasa PRU 12.
Semua ini menyebabkan semua pemimpin dan penyokong PR berada dalam keadaan moral yang tinggi. Beberapa kenyataan yang dibuat oleh PR yang mengatakan beberapa orang ahli Parlimen BN akan lompat ke PR turut menambah lagi semangat dan moral dalam usaha mereka untuk mengambil-alih pemerintahan kerajaan persekutuan dari BN. Tarikh 16 September 2008 yang disasarkan untuk perkara ini berlaku seolah-olah akan menjadi kenyataan tanpa ada banyak masalah kecuali masalah teknikal yang kecil.
Walaupun perbuatan melompat parti ini tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi tetap menyalahi prinsip-prinsip moral dalam system politik demokrasi kerana secara prinsipnya seseorang seorang calun (parti politik) sebenarnya mewakili semua ahli dari parti politiknya bukan dirinya. Oleh itu jika dia mengambil keputusan untuk melompat parti selepas memenangi pililhanraya lebih-lebih kepada parti lawannya, dia sebenarnya telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi oleh ahli dan partinya.
Dalam keghairahan PR untuk mengambilalih pemerintahan kerajaan persekutuan, perbuatan melompat parti ini sudah tidak dikira sebagai sesuatu yang tidak bermoral yang mesti dihentikan tetapi sesuatu yang mesti diraikan dan disokong.
PR mungkin boleh membenarkan perkara ini dengan mengatakan bahawa bahwa perpindahan yang akan dilakukan ahli Parlimen BN sesuatu yang betul kerana ingin berpindah dari buruk kepada baik dan tiada sogokan atau habuan tertentu dibuat kepada ahli Parlimen yang ingin melompat. Ini tentu sekali berdasarkan kepada prestasi pemerintahan BN yang semakin bertambah buruk seperti gejalah rasuah yang seperti sudah tidak dapat dibendung. Tetapi dalam pada masa yang sama untuk mengatakan secara pasti pemeritahan PR akan menjadi lebih baik merupakan satu perkara yang mestikan dibuktikan dahulu.
Namun begitu apa yang menariknya disini ialah kita juga dapat lihat perbuatan melompat parti itu boleh mempunyai nilai yang berbeza malah bertentangan bergantung kepada keadaan yang tertentu. Sebagai contoh dalam kes di Perak secara khususnya apabila semua wakil rakyat PKR dan DAP diminta menandatangani satu surat akujanji yang tak bertarikh yang antara lain mengatakan bahawa kerusi yang telah dimenangi akan dikosongkan sekiranya mereka melompat atau keluar parti. Malah secara umum PAS pula mempunyai peraturan yang lebih tegas kepada semua wakil rakyatnya sekiranya mereka berpaling tadah atau melompat parti. Jelas perbuatan melompat parti dalam keadaan ini mempunyai nilai yang berbeza iaitu sesuatu yang tak bermoral, salah dan mesti di hentikan.
Sepertimana yang diketahui peralihan kuasa yang diwar-warkan oleh PR yang sepatutnya berlaku pada 16 September tidak menjadi kenyatan. Namun begitu sesuatu yang boleh mengembirakan PR iaitu apabila ADUN Bota, Dato’ Nasarudin Hashim, mengisytiharkan untuk keluar dari UMNO dan menyertai PKR pada 25 Januari 2009.
Tetapi senyum dan gembira ini tidak lama kerana berbagai kemelut yang berlaku di Perak hingga akhirnya dua orang ADUN PKR, Osman Jailu (ADUN Changkat Jering) dan Jamaludin Mohd Radzi (ADUN Behrang), dan seorang lagi ADUN DAP, Hee Yit Foong (ADUN Jelapang), mengisytiharkan untuk keluar dari parti masing-masing. Dan mereka bertiga pula kemudian mengambil pendirian untuk menyokong BN. Keadaan menjadi bertambah gawat untuk PR apabila Dato’ Nasarudin pula mengumumkan untuk kembali kepangkuan UMNO.
Bermacam-macam pendapat dan komen diberi dalam usaha untuk memahami krisis politik di Perak ini. Antaranya ialah dua ADUN PKR, Osman dan Jamaludin, terpaksa melompat parti kerana tekanan yang diterima dan masalah peribadi mereka. Ataupun adakah perbuatan Dato’ Nasaruddin ini ikhlas atau hanya sebahagian dari permaianan politik BN iaitu sebagai umpan kepada PR Perak. Tetapi yang jelas BN telah mengunakan kaedah melompat parti ini untuk menguasai Dun Perak tanpa menghirau isu moral lagi.
Dalam kedua-dua kes iaitu PR untuk menguasai kerajaan Persekutuan dan BN untuk menguasai DUN Perak, kaedah melompat parti menjadi senjata ampuh untuk mencapai agenda politik masing-masing. Dalam kedua-kedua kes ini prinsip-prinsip moral dalam demokrasi telah dilupakan atau terpaksa di korbankan kerana ianya tak menguntungkan parti politik masing-masing.
Oleh itu ianya sama seperti pemikiran Protogaros -Sophist iaitu prinsip moral atau sesuatu peraturan tak perlu di ikuti sekiranya tak menguntungkan. Persoalannya tidakkah permikiran dan perbuatan sebegini boleh membahayakan system demokrasi di negara ini. Bagaimana mungkin kita boleh menwujudkan satu pemerintahan yang stabil dan mantap apabila kita tidak langsung memperdulikan tentang soal kebenaran dan prinsip-prinsip moral dalam memilih pemerintah.
Namun begitu pemikiran ala Protogaros ini tak berhenti setakat ini sahaja, malah krisis politik Perak juga turut menyaksikan kepada kita bahawa ketetapan atau peraturan dalam system demokrasi negara kita juga tak dihormati dan tak dipatuhi.
Dalam system politik demokrasi di Malaysia Speaker yang telah dilantik secara sah adalah kuasa tertinggi dalam DUN dan segala perintahnya mesti dipatuhi semua ahli DUN samada dari PR atau BN. Inilah peraturan yang mesti dipatuhi untuk memastikan system politik demokrasi di Malaysia terus hidup dan memberi manafaat kepada rakyat.
Bagi mengatasi krisis politik di Perak, V Sivakumar, Speaker DUN Perak, telah membuat keputusan supaya DUN Perak di bubarkan. Keputusan ini dibuat bagi memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih kepimpinan baru negeri Perak setelah tiada siapa lagi, PR dan BN, mempunyai majority di DUN berikutan 3 kerusi di DUN berkenaan disitiharkan kosong setelah 3 ADUN berkenaan keluar parti (berdasarkan kepada surat akujanji yang di tandatangani mereka bahawa iaitu kerusi mereka di DUN akan dikosongkan sekiranya mereka melompat parti)
Tetapi BN Perak tetap mengatakan mereka mempunyai majority di DUN berdasarkan sokongan yang diberi oleh 3 bekas ADUN PR (yang melompat parti) dan seterusnya layak memimpin kerajaan Negeri Perak. Dalam kes ini mungkin sesuatu yang kurang bijak untuk BN mematuhi keputusan DUN Perak ini kerana kalau pilihanraya semula diadakan belum tentu akan di menangi oleh BN.
Walau apa-apa pun perbuatan ini tetap bertentangan dengan keputusan dibuat Speaker DUN Perak supaya DUN dibubarkan. Oleh itu BN Perak bukan sekadar tidak menghormati prinsip moral dengan mengunakan kaedah melompat parti tetapi juga kegagalan BN Perak untuk mematuhi perintah speaker DUN Perak ini jelas melanggari ketetapan atau peraturan dalam system politik demokrasi Malaysia.
Dalam system politik Demokrasi di Malaysia pula seperti termaktub dalam perlembagaan persekutuan dalam artikel 72 yang menetapkan bahawa keabsahan persidangan di Dewan Undangan tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah. Ini jelas untuk memastikan prinsip pengasingan kuasa diantara legislative, eksekutif dan judisri.
Malangnya BN Perak juga telah gagal memghormati prinsip demokrasi ini bila mengheret mahkamah dalam urusan DUN Perak antaranya dalam kes pergantungan Dr. Zambry dan enam orang ADUN BN oleh Speaker DUN Perak yang dipertikaikan oleh BN Perak sebagai tidak sah.
Dalam hal ini juga, dari sudut yang lain, BN dengan kuasa yang ada, juga dilihat cuba mengunakan mahkamah untuk menghalalkan segala tindakan yang telah melanggar prinsip-prinsip demokrasi di Perak khususnya. Tidakkah perbuatan ini juga sama dengan pemikiran Protogaras - Sophist iaitu–‘ might makes rights’.
Apa yang berlaku dalam DUN Perak pada 7 Mei merupakan satu titik hitam dalam sejarah demokrasi di Malaysia. Kekerasan turut digunakan dalam usaha untuk mencapai matlamat. Amat malang bagi demokrasi di Perak bila V Sivakumar, Speaker DUN Perak, di angkat, diheret dan dikurung dengan tanpa ada rasa belas-kasihan oleh pihak tertentu dalam usaha untuk melantik Speaker yang baru yang di sokong oleh BN. Terdapat juga beberapa orang ADUN PR yang dikasari oleh kumpulan orang tertentu dalam sidang DUN yang sama.
Kini watak Protogaros telah bertukar menjadi seperti Caesar Borgia, watak seorang hero dalam sebuah buku bertajuk “The Prince” yang ditulis oleh Machiavelli. Buku ini mengisahkan Ceasar Borgia yang bercita-cita besar untuk menjadi pemimpin yang berkuasa dengan mengguna apa cara sekalipun termasuklah menipu, kekerasan dan hatta membunuh. Melalui buku ini, Machiavelli yang lahir di Itali pada tahun 1469, telah mengajar satu seni politik iaitu dalam berpolitik matlamat boleh menghalalkan cara, walaupun cara yang digunakan jelas bertentangan dengan kebenaran dan prinsip-prinsip moral.
Persoalannya mestikah kita menguna cara-cara sebegini ini secara sedar ataupun tidak semata-mata untuk mencapai agenda politik masing-masing. Tidakkah nanti rakyat akan hilang kepercayaan terhadap amalan demokrasi di negara ini sekiranya cara Protogaros atau kaedah Machiavelli terus menjadi pilihan untuk mengekalkan kuasa atau untuk berkuasa.

Mungkinkah juga sekiranya banyak pemimpin kita terutama sekali yang rasuah dan korup yang lahir dengan cara-cara tak bermoral ini mendorong rakyat kearah mempercayai system anarchism- satu lagi doktrin politik yang menganggap kerajaan dan undang-undang negara sesuatu yang tidak diperlukan malah dalam keadaan tertentu menjadi zalim dan tidak berlaku adil. Seterusnya amat malang juga jikalau rakyat memilih kaedah revolusi untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan dan bukan melalui amalan demokrasi. Tentu sekali majoriti daripada rakyat Malaysia tidak bersedia untuk menerima keadaan seperti ini.
Kembali melihat scenario politik negara secara umum, kita masih boleh memperbaiki system politik demokrasi yang sedia ada. Antaranya kembali berusaha menghormati kebenaran dan prinsip-prinsip moral dalam berpolitik. Bagi PR, masa yang ada cuba gunakan untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat terutama sekali di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR dengan telus dan ikhlas. Jangan korbankan kebenaran dan prinsip-prinsip moral semata-mata inginkan kemenangan yang cepat seperti dalam kes 16 September. Seterusnya cuba memperkukuhkan PR demi mengwujudkan satu pakatan yang mantap terutama sekali di berbagai kaum dan aliran pemikiran. Sebenar inilah asset yang amat berharga untuk PR.
Tidak dapat dinafikan bahawa BN khususnya UMNO, banyak telah berjasa kepada orang Melayu. Oleh sebab itu UMNO masih kuat berpaut di hati sebahagian orang Melayu.
Namun untuk BN terus jadi relevan, mereka memerlukan taubat nasuha politik. Mula-mula sekali mesti mengakui segala kesilapan yang telah lalu, menyesali segala tindakan tersebut dan berazam tidak akan mengulangi semua tindakan itu. Buang semua sifat-sifat yang dianggap kejam atau buruk oleh rakyat seperti akta ISA dan amalan rasuah politik wang. Kembali menghormati amalan demokrasi yang sihat serta menghormati prinsip –prinsip moral.
Jika ini dapat dilakukan tak mustahil suatu masa nanti negara kita mempunyai parti- parti politik yang senantiasa berjuang diatas landasan yang benar dan seterusnya senantiasa bersaing untuk menawarkan khidmat yang terbaik untuk rakyat. Pada masa itu rakyat bukan lagi memilih antara baik dengan buruk tetapi memilih yang terbaik di antara yang baik.
Tetapi satu persoalan yang mungkin ditanya- Adakah ini mampu dicapai ataupun kita hanya bermimpi disiang hari? Ini disebabkan dalam politik ada pula ‘real politik’. Real politik merupakan satu lagi fahaman dan amalan atau politik yang mula berkembang pada pertengahan abad ke-19 akibat dari pengaruh kemajuan ilmu sains dan teknologi moden pada masa itu. Dalam amalan real politik, kaedah praktikal sangat diutamakan dalam mencapai sesuatu agenda politik. Tetapi masalahnya dengan amalan real politik ini pula ialah dengan adanya pengaruh kebendaan yang kuat dan lemah keimanan dalam agama, semua idealisma dalam teori politik (yang baik) mudah di lupakan malah mungkin terpaksa dikorbankan demi mencapai kehendak politik masing-masing.
Hasilnya kita kembali kepada seperti fahaman Protogaros iaitu kebenaran dan prinsip moral merupakan sesuatu yang relative dan tak perlu diikuti sekiranya tak menguntungkan. Persoalannya dengan mengetahui betapa pentingnya kebenaran dan prinsip moral terhadap manusia terutama sekali dalam konteks Islam dan orang Islam, sanggupkah kita korbankan semua ini semata-mata ingin untuk mencapai kuasa politik.
Oleh itu satu soalan yang mesti dijawab secara jujur dan ikhlas oleh BN dan PR: Mestikah kita menjadi seperti Protogaros?

Sabtu, 2009 Julai 25
Dari Ipoh: Mestikah kita menjadi Protagoras?

Kemelut Politik Di Malaysia: Mestikah kita menjadi Protagoras?
Demokrasi lahir dan telah diamalkan di Greek lebih dari 2500 tahun tahun dahulu. Dalam bahasa Greek Demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud kuasa. Demokrasi merupakan satu sistem politik dimana rakyat memilih dan menentukan siapa akan memerintah sesebuah negeri atau negeri-bandar (city-state). Pada masa itu sudah banyak negeri-bandar (city-state) di Greek seperti Athen yang terkenal, telah mengamalkan system politik demokrasi ini.
Selain demokrasi terdapat juga system politik yang lain yang diamalkan di Greek pada masa itu iaitu seperti system politik monarki dan Oligarchy. Dalam system monarki sesebuah daerah diperintah oleh seorang raja atau individu tertentu. Manakala dalam system Oligarchy pula sesebuah daerah akan diperintah oleh beberapa orang dari kumpulan tertentu.
Selain dari itu Greek juga terkenal dengan ahli-ahli falsafah yang masyhur seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Plato yang lahir di Athen sekitar empat abad sebelum tahun Masihi, anak murid kepada Socrates, dikatakan seorang ahli falsafah yang ulung yang pernah dilahirkan oleh barat. Beliau sangat mempercayai bahawa akal-fikiran manusia boleh menyampaikan manusia kepada hakikat kebenaran dan prinsip-prisnsip moral. Malah Plato mempercayai bahawa manusia keseluruhannya secara rasional boleh bertindak berdasarkan kepada kebenaran dan prinsip-prinsip moral ini bagi membentuk sebuah system social yang adil dan sejahtera.
Menariknya, pada waktu yang sama di Athen, terdapat juga beberapa ahli-ahli falsafah yang mempunyai aliran pemikiran yang bertentangan dengan aliran pemikiran yang di pelopori oleh Plato. Mereka adalah ahli falsafah dari kelompok Sophist. Sophist mempunyai satu kepercayaan yang meragui keupayaan akal-fikiran manusia untuk mencari dan mendapat kebenaran sepertimana yang di ajar oleh Plato. Hasilnya mereka juga turut meragui bahawa wujudnya hakikat kebenaran kepada sesuatu realiti.
Di kalangan kelompok Sophist ini, Protagoras merupakan salah seorang ahli falsafah yang terkenal yang mewakili aliran pemikiran ini pada waktu itu. Berlandaskan pemikiran falsafah Sophist ini, Protagoras mengatakan bahawa tidak ada cara untuk manusia mengenalpasti hakikat (kebenaran) sesuatu realiti, realiti mesti dikatakan mempunyai nilai (qualities) sepertimana yang dimahukan .
Hasil dari kefahaman ini mereka juga turut mengatakan bahawa semua peraturan, undang-undang dalam kehidupan seperti politik dan juga prinsip-prinsip moral yang wujud adalah relatif. Kebenaran bukan suatu yang mutlak dan malah boleh berubah bergantung kepada kepercayaan dan adat sesebuah kumpulan manusia.
Seterusnya wujud juga ahli Sophist yang agak radikal yang mengatakan seseorang hanya perlu mentaati atau mematuhi sesuatu peraturan sekira ianya menguntungkan untuk dirinya. Hatta mereka juga turut mengatakan bahawa kuasa yang ada pada seseorang boleh menjadikan sesuatu perkara (asalnya mungkin salah) benar atau-‘might makes right’. Dan bagi mereka undang-undang yang digubal hanya untuk melindungi kepentingan pihak pemerintah dan sesiapa yang berkuasa. Oleh itu mereka turut mengatakan bahawa hanya orang bodoh saja mematuhi undang-undang yang tidak mendatangkan faedah untuk dirinya.
Malaysia adalah di antara negara-negara di dunia yang mengamalkan system politik demokrasi. Antara ciri-ciri demokrasi yang digunapakai di Malaysia ialah sistem pilihanraya yang diadakan sekali dalam masa lima tahun. Sistem Pilihanraya ini diadakan bagi memboleh semua rakyat memilih secara bebas, telus dan adil calun-calun dari parti politik yang menjadi pilihan mereka ataupun calun bebas yang tidak mewakili mana-mana parti politik. Calun-calun ini dipilih bagi mewakili rakyat di dewan undangan negeri dan dewan rakyat.
Selain dari pilihanraya yang bebas dan adil, kita juga turut mengamalkan system pengasingan kuasa iaitu di antara legislative, judiciary dan eksekutif. Semua ini sepatutnya diikuti dan di patuhi bagi menjamin sesebuah negeri atau negara dapat ditadbir dengan adil, saksama dan sejahtera dengan berlandaskan kepada kebenaran dan prinsip-prisnip moral.
Hampir setiap lima tahun negara kita mengadakan pilihanraya umum (PRU) bagi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil mereka di DUN dan Dewan Rakyat. PRU ke 12 yang telah diadakan pada Mac 2008 telah mencatat beberapa sejarah menarik untuk tanah air kita. Antaranya tentu sekali kekalahan BN di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.
Seterusnya PRU ke 12 ini juga turut mencetuskan beberapa peristiwa yang menarik dan tak kurang juga yang tragis. Malah berbagai-bagai kemelut politik yang tercetus yang bagaikan tiada berkesudahan khususnya seperti di negeri Perak. Tentunya berbagai perbincangan, pandangan dan analisa untuk dilakukan sekurang untuk memahami semua kemelut ini.
Secara prinsipnya jikalau semua nilai kebenaran, prinsip moral dan peraturan dalam system politik demokrasi di hormati dan dipatuhi, kita yakin semua bahwa semua kemelut dan peristiwa-peristiwa yang tragis ini boleh dielakkan. Namun apa yang kita lihat wujud watak-watak seperti Protogaros yang menjadi antara sebab kepada semua kemelut ini. Nilai kebenaran dan prinsip-prinsip moral sudah tidak dihormati dan tak dipatuhi. Malah nilai kebenaran dan prinsip-prinsip moral juga turut berubah bergantung kepada kepentingan pihak tertentu. Hasilnya juga sepertimana kita lihat satu demi satu peraturan atau ketetapan dalam system politik demokrasi terpaksa dikorbankan semata-mata demi untuk merealiasasi agenda politik masing-masing.
Dalam PRU 12, BN bukan setakat kalah di beberapa buah negeri tetapi turut juga kalah dalam beberapa pilihanraya kecil (PRK) yang diadakan selepas itu seperti di Permatang Pauh, Kuala Terangganu dan Bukit Gantang. Apa yang dapat di lihat dalam semua PRK ini, sokongan rakyat kepada BN sebenarnya semakin merosot sebaliknya PR menjadi pilihan rakyat contohnya di Kuala Terangganu apabila PR dapat mengalahkan BN di kawasan Parlimen yang telah dimenanginya semasa PRU 12.
Semua ini menyebabkan semua pemimpin dan penyokong PR berada dalam keadaan moral yang tinggi. Beberapa kenyataan yang dibuat oleh PR yang mengatakan beberapa orang ahli Parlimen BN akan lompat ke PR turut menambah lagi semangat dan moral dalam usaha mereka untuk mengambil-alih pemerintahan kerajaan persekutuan dari BN. Tarikh 16 September 2008 yang disasarkan untuk perkara ini berlaku seolah-olah akan menjadi kenyataan tanpa ada banyak masalah kecuali masalah teknikal yang kecil.
Walaupun perbuatan melompat parti ini tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang tetapi tetap menyalahi prinsip-prinsip moral dalam system politik demokrasi kerana secara prinsipnya seseorang seorang calun (parti politik) sebenarnya mewakili semua ahli dari parti politiknya bukan dirinya. Oleh itu jika dia mengambil keputusan untuk melompat parti selepas memenangi pililhanraya lebih-lebih kepada parti lawannya, dia sebenarnya telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi oleh ahli dan partinya.
Dalam keghairahan PR untuk mengambilalih pemerintahan kerajaan persekutuan, perbuatan melompat parti ini sudah tidak dikira sebagai sesuatu yang tidak bermoral yang mesti dihentikan tetapi sesuatu yang mesti diraikan dan disokong.
PR mungkin boleh membenarkan perkara ini dengan mengatakan bahawa bahwa perpindahan yang akan dilakukan ahli Parlimen BN sesuatu yang betul kerana ingin berpindah dari buruk kepada baik dan tiada sogokan atau habuan tertentu dibuat kepada ahli Parlimen yang ingin melompat. Ini tentu sekali berdasarkan kepada prestasi pemerintahan BN yang semakin bertambah buruk seperti gejalah rasuah yang seperti sudah tidak dapat dibendung. Tetapi dalam pada masa yang sama untuk mengatakan secara pasti pemeritahan PR akan menjadi lebih baik merupakan satu perkara yang mestikan dibuktikan dahulu.
Namun begitu apa yang menariknya disini ialah kita juga dapat lihat perbuatan melompat parti itu boleh mempunyai nilai yang berbeza malah bertentangan bergantung kepada keadaan yang tertentu. Sebagai contoh dalam kes di Perak secara khususnya apabila semua wakil rakyat PKR dan DAP diminta menandatangani satu surat akujanji yang tak bertarikh yang antara lain mengatakan bahawa kerusi yang telah dimenangi akan dikosongkan sekiranya mereka melompat atau keluar parti. Malah secara umum PAS pula mempunyai peraturan yang lebih tegas kepada semua wakil rakyatnya sekiranya mereka berpaling tadah atau melompat parti. Jelas perbuatan melompat parti dalam keadaan ini mempunyai nilai yang berbeza iaitu sesuatu yang tak bermoral, salah dan mesti di hentikan.
Sepertimana yang diketahui peralihan kuasa yang diwar-warkan oleh PR yang sepatutnya berlaku pada 16 September tidak menjadi kenyatan. Namun begitu sesuatu yang boleh mengembirakan PR iaitu apabila ADUN Bota, Dato’ Nasarudin Hashim, mengisytiharkan untuk keluar dari UMNO dan menyertai PKR pada 25 Januari 2009.
Tetapi senyum dan gembira ini tidak lama kerana berbagai kemelut yang berlaku di Perak hingga akhirnya dua orang ADUN PKR, Osman Jailu (ADUN Changkat Jering) dan Jamaludin Mohd Radzi (ADUN Behrang), dan seorang lagi ADUN DAP, Hee Yit Foong (ADUN Jelapang), mengisytiharkan untuk keluar dari parti masing-masing. Dan mereka bertiga pula kemudian mengambil pendirian untuk menyokong BN. Keadaan menjadi bertambah gawat untuk PR apabila Dato’ Nasarudin pula mengumumkan untuk kembali kepangkuan UMNO.
Bermacam-macam pendapat dan komen diberi dalam usaha untuk memahami krisis politik di Perak ini. Antaranya ialah dua ADUN PKR, Osman dan Jamaludin, terpaksa melompat parti kerana tekanan yang diterima dan masalah peribadi mereka. Ataupun adakah perbuatan Dato’ Nasaruddin ini ikhlas atau hanya sebahagian dari permaianan politik BN iaitu sebagai umpan kepada PR Perak. Tetapi yang jelas BN telah mengunakan kaedah melompat parti ini untuk menguasai Dun Perak tanpa menghirau isu moral lagi.
Dalam kedua-dua kes iaitu PR untuk menguasai kerajaan Persekutuan dan BN untuk menguasai DUN Perak, kaedah melompat parti menjadi senjata ampuh untuk mencapai agenda politik masing-masing. Dalam kedua-kedua kes ini prinsip-prinsip moral dalam demokrasi telah dilupakan atau terpaksa di korbankan kerana ianya tak menguntungkan parti politik masing-masing.
Oleh itu ianya sama seperti pemikiran Protogaros dan Sophist iaitu prinsip moral atau sesuatu peraturan tak perlu di ikuti sekiranya tak menguntungkan. Persoalannya tidakkah permikiran dan perbuatan sebegini boleh membahayakan system demokrasi di negara ini. Bagaimana mungkin kita boleh menwujudkan satu pemerintahan yang stabil dan mantap apabila kita tidak langsung memperdulikan tentang soal kebenaran dan prinsip-prinsip moral dalam memilih pemerintah.
bersambung....
Langgan:
Catatan (Atom)